Archive for Januari 29, 2010


Info: Pendekar PT-91M…?

Pembelian 48 buah kereta kebal utama (MBT) berserta 9 buah kenderaan sokongan lain dari Poland pada 2003 telah mengubah kuasa pertahanan negara khususnya bagi tentera darat Malaysia.

Penggandaan kuasa itu disebabkan kemampuan mobiliti, kuasa tembak dan perlindungan armor yang sesuai dengan bentuk muka bumi negara.

Paling menggerunkan ialah kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 mm buatan Slovakia dengan peningkatan sehingga 23% berbanding meriam asal. Meriam ini mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada pada hari ini sehingga jarak 5 km.

Pendekar juga menggunakan sistem kawalan tembakan teknologi Savan 15 FC ciptaan Perancis yang turut digunakan oleh kereta kebal moden mereka iaitu AMX-56 Leclerc.

Gandingan teknologi Perancis dan Slovakia membolehkan meriam utama Pendekar memuntahkan 10 tembakan seminit.

Spesifikasi Pendekar:-

  • Berat: 48.5 tan
  • Panjang: 10.03 m termasuk meriam
  • Lebar: 3.7 m
  • Tinggi: 2.4 m
  • Krew: 3 orang (komander, jurupandu dan jurumeriam)
  • Armor: Lapisan komposit dan lapisan besi waja dengan plat armor reaktif ERAWA-2
  • Senjata: Meriam utama jenis Smoothbore 2A46 125 mm, mesingan berat FN M2 HB 12.7 mm antipesawat, mesingan sepaksi FN MAG 7.62 mm
  • Perlindungan: 24 pelancar grened asap Wegmann berkaliber 81 mm, 4 sistem amaran laser PCO SSP-1 Obra-3
  • Enjin: Diesel PZL-Wola S-1000R, kelajuan 70 km/j, jarak 500 km tanpa isian minyak tambahan

Cakera keras atau hard disk merupakan komponen komputer yang sangat penting, berfungsi sebagai ejen penyimpanan data peribadi. Dicipta pada tahun 1952 oleh Reynold Johnson.

Cakera keras kini mempunyai piring berukuran 0.6 cm dengan kapasiti simpanan data sehingga mencecah tahap terabit (TB).

Data pada cakera keras disimpan menerusi permukaan piring magnetik yang berputar bagi membolehkan penghantaran isyarat elektromagnet melalui antena. Ketika maklumat dibaca, medan magnet piring tersebut akan menghasilkan cas elektrik pada peranti bacaan yang menghampirinya.

Pada asasnya pembinaan cakera keras mempunyai satu paksi di bahagian tengah dengan piring magnet akan berputar pada satu kelajuan tetap.