Archive for Disember, 2009


Mustika / mastika / mestika…?

Kata mustika, mastika dan mestika digunakan bersilih ganti kerana ramai yang menganggapkan bahawa kata tersebut mempunyai makna yang sama. SEBENARNYA hanya kata mestika sahaja sepatut digunakan, yang lain-lain itu sebenarnya tiada dalam kamus.

Mustika dan mastika sebenarnya wujud mungkin kerana faktor kedangkalan ilmu bahasa dan kekerapan penggunaannya seharian. Misalnya kata ‘mustika‘ sering kita dengar melalui nyanyian artis tersohor tanah air.

Kata ‘mestika’ membawa maksud sejenis batu sakti yang biasa terdapat di dalam kepala ular, batu geliga, gemala. Mestika juga bermaksud batu permata yang berharga.

Namun lumrahnya, kata mestika sering dimaksudkan sebagai maksud tercantik dari segi rupa paras, sesuatu yang amat disayangi.

Contoh ayat:-

  • Engkaulah mestika hatiku.
  • Aduhai mestika hati kakanda, tidurlah.


    Sony telah memperkenalkan produk baru di pasaran iaitu cermin mata 3D yang dinamakan RealD. Cermin mata ini membolehkan si pemakainya menonton rancangan tv secara 3D. Hal ini akan menyebabkan sesuatu program tv menjadi lebih realistik dan menarik.


    Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita menjengah ke tahun baru 2010. Ini juga bermakna tinggal beberapa jam saja lagi untuk tahun 2009 belayar pergi meninggalkan kita dengan sejuta kenangan suka dan duka.

    Tahun 2010 pasti menyajikan kita dengan pelbagai ranjau, serta onak dan duri. Sebagai insan yang sentiasa sedar akan kebesaran Tuhan, sudah pasti akan melihat fenomena ini sebagai suatu ujian daripada-Nya untuk menjadikan kita semakin matang dan bijaksana dalam setiap tindakan dan keputusan.

    Kedatangan tahun baru sama ada tahun Hijrah mahupun tahun Masehi wajar menjadi pendorong atau pemangkin kepada umat manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik, bukan sebaliknya. Jadi tanamlah azam dan tekad dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Jauhilah perkara-perkara mungkar dan sesat seperti yang menjadi ikutan sesetengah pihak yang buta hati dan akal. Jauhilah tempat-tempat sambutan yang berunsurkan maksiat, hiburan yang melalaikan yang menggalakkan percampuran lelaki perempuan; biasanya tempat begini, banyak syaitan yang berkumpul!


    Al-Quran panduan hidupku…?


    • Ya Allah rahmatilah aku,
    • dengan ayat-ayat-Mu,
    • jadikan pemimpin, cahaya dan petunjuk jalanku,
    • sebagai tinta kasih-Mu.


    • Ya Allah, panggillah aku,
    • yang sering lupa,
    • ajarkan aku dengan ayat-ayat-Mu,
    • agar aku lebih tahu.


    • Gamitlah aku,
    • melagukan ayat-ayat-Mu,
    • malam dan siang,
    • jadikan aku insan yang dahaga….
    • ayat-ayat-Mu.

    Ubah suai daripada Majalah I Mei 2009.



    Mungkin ada antara kita yang berfikir kenapa ikan tidak menjadi masin walaupun kehidupannya dikelilingi oleh air laut. Lihat apakah yang terjadi jika kita gaulkan garam kunyit pada ikan, pasti ikan yang bakal digoreng itu menjadi masin.

    Memang benar, ikan menggunakan air laut sebagai sumber minuman untuk keperluan hidup, namun makhluk ciptaan Tuhan ini memiliki keistimewaan iaitu boleh mengasingkan garam daripada air masin itu.

    Hal ini berlaku kerana sistem perkumuhan sel klorida dikenali sebagai ioncytes yang terdapat pada insang yang bertindak mengepam keluar garam daripada badan ikan.


    Ubah suai daripada Estidotmy Disember 2009.

    Pokok lidah buaya memang tidak asing dengan masyarakat kita. Lidah buaya ataupun aloe vera sememangnya sinonim digunakan sebagai bahan utama dalam ramuan produk kecantikan.

    Pokok lidah buaya sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan seperti menyembuhkan luka, menghaluskan kulit, melebatkan rambut, mengurangkan bengkak, cirit-birit, keracunan usus, gastrik serta mengurangkan paras gula di dalam badan.

    Lidah buaya menggalakkan pembentukan fibroblast dalam darah yang dapat menyembuhkan tisu luka.



    Mikro organisma seperti virus, bakteria dan fungus merupakan antara penyebab kepada pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kegagalan kepada fungsi dan struktur badan. Kehadiran mikro organisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini boleh mengancam dan mengganggu kesihatan manusia.

    Daripada pelbagai jenis makhluk mikro ini, bakteria spesies Sulfur Pearl of Namibia dikatakan mempunyai saiz yang terbesar. Dengan nama saintifiknya Thiomargarita namibiensis, memiliki ukuran 0.75mm.


    Sumber: estidotmy

    Faktor meningkatnya amalan rasuah dalam kalangan kakitangan awam:-

    • Longgarnya pegangan atau integriti seseorang pegawai kerajaan.
    • Perasaan tamak haloba untuk mendapatkan kesenangan hidup.
    • Terhidangnya peluang yang terbuka luas.
    • Penyalahgunaan kuasa melalui jawatan dan amanah yang dipegang.
    • Kurangnya pemantauan dan kawalan daripada pihak pengurusan.
    • Merosotnya penghayatan nilai-nilai agama dan etika.
    • Wujudnya kelemahan dari segi undang-undang dan penguatkuasaan serta pelaksanaannya.
    • Tekanan hidup serta perasaan ingin hidup mewah.
    • Budaya kerja yang tidak ikhlas dan mementingkan diri.
    • Kurangnya kesedaran betapa rasuah boleh menghancurkan diri, institusi dan negara.
    • Semakin wujudnya persaingan dalam ekonomi.
    • Amalan rasuah menjadi perkara biasa dalam kehidupan.
    • Gaji kakitangan kerajaan yang lebih rendah berbanding sektor lain.
    • Sistem pengurusan kewangan kerajaan yang longgar dan tidak telus.
    • Kepimpinan melalui teladan; sesetengah pemimpin politik menonjolkan contoh yang negatif kepada golongan rakyat.

    Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menekankan nilai-nilai budi dalam setiap aspek kehidupan. Mereka senantiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang merangkumi akhlak mulia.

    Antara langkah melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat ialah:-

    • Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni untuk menyuburkan amalan mulia ini.
    • Amalan berterima kasih dan menghargai sumbangan perlu dihidupkan kembali.
    • Nilai kerjasama dan tolong-menolong wajar diterapkan kembali secara meluas.
    • Budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia perlu dijadikan amalan.
    • Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling bertanggungjawab mendidik generasi muda agar mengamalkan akhlak yang terpuji.
    • Pihak berwajib mesti memastikan bahawa wujud mekanisme bagi menapis dan menyaring media massa dari luar.
    • Pendidikan di sekolah perlu lebih menekankan aspek pengajaran agama yang relevan bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata.
    • Pihak berwajib juga perlu mengawal penyebaran maklumat yang berunsur negatif dalam talian internet.
    1. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
    2. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
    3. Isteri dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan rumah tangga.
    4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan dalam sikap dan tindakan.
    5. Setiap perkara hendaklah dibincangkan bersama-sama terutama soal urusan rumah tangga.
    6. Tidak bertindak kasar terhadap isteri sebaliknya memberi kesempatan membaiki diri.
    7. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung ataupun tak langsung.
    8. Berlaku jujur dan sentiasa mengingati Allah.
    9. Memahami kedudukan sebagai isteri seorang wanita yang mesti ada perbezaan.
    10. Menyelesaikan sengketa dengan bijaksana.
    11. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan.
    12. Sentiasa ingat bahawa isteri dan anak-anak merupakan amanah Allah.
    13. Mempunyai prinsip dan pedoman bahawa perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia di sisi-Nya.
    14. Mempunyai akhlak yang terpuji mengikut ajaran Islam.