Archive for Januari 28, 2010


Penulis juga terpanggil untuk menyatakan pandangan peribadi tentang isu terhangat yang diciptakan oleh penulis blog yang bergelar Aduka Taruna ini. Sebagai seorang Islam, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang menjadikan blog sebagai penghubung maya agar sentiasa menjadikan medan blog ini sebagai satu medium untuk berkongsi maklumat yang benar, ilmu yang bermanfaat dan nasihat yang berguna.

Apa guna kita isikan medium ini sekadar untuk menyakiti hati insan lain. Apa faedahnya kita memburukkan orang lain, apatah lagi mereka yang sepatutnya kita sanjung dan hormati. Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum dan sejarah keagungan Islam? Sudahkah cukup ilmu di dada kita sehingga berani menuduh para sahabat Rasulullah sebagai manusia bangsat?

Jadikan pengajaran terhadap apa yang berlaku kepada Aduka Taruna ini. Menulis biarlah bermanfaat bukannya berniat khianat atau sekadar untuk menjadi popular yang glamor cuma barang sesaat.

Renung-renungkanlah……

Ikhlas daripada penulis.

Kehadiran model Satio pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat setia Sony Ericsson. Bagi melengkapkan ekspresi imej yang sempurna, Satio didatangkan dengan kamera 12.1 megapiksel bersama-sama lampu flash xenon, pemfokusan sentuhan intuitif dan fungsi pengesanan senyuman.

Spesifikasi Satio:-

  • Skrin sentuh: 3.5 inci
  • Kamera: 12.1 megapiksel  6 X pemfokusan digital
  • GPS
  • Sambungan Bluetooth, Wi-Fi, dan USB
  • Pengesanan isyarat kawalan dan tulisan tangan
  • Sokongan kad memori microSD
  • Berat: 126 gram


Laptop keluaran Acer model Aspire Timeline 3810T-942G50n mempunyai kelebihan jangka hayat bateri sehingga 8 jam. Ketebalan kurang daripada 1 inci serta kemasan luar berwarna perak menyerlahkan ciri terkini model ini.

Spesifikasi:-

  • Paparan skrin: 13.3 in HD LED LCD
  • CPU: Intel Core 2 Duo, 1.4 MHz ULV
  • Chipset: Mobile Intel GS45 Express
  • RAM: 2GB DDR3 800MHz
  • Grafik: GMA 4500MHD ke 732MB
  • Pemacu cakera keras: 500 GB
  • Sistem Operasi: Window Vista Premium
  • Storan: 5-in-1 Media Card Reader
  • Connectivity: Ethernet, Wi-Fi
  • Bunyi: Dolby Sound Room
  • Bateri: 6-cell Lithium Li-on, 8+ jam
  • Dimensi: 322 X 228 X 23.4-28.9mm
  • Berat: 1.6 kg
  • Harga: RM3,299.00

Kata hubung ialah kata penyambung iaitu kata tugas yang menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu binaan ayat majmuk. Antara kesalahan penggunaan kata hubung ialah:-

  • meredah sungai yang mana arusnya…  >  meredah sungai yang arusnya…
  • terpaksa memikul tanggungjawab di mana sepatutnya…  > terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya…
  • jika sekiranya gagal  > jika gagal / sekiranya gagal
  • dia menyatakan yang > dia menyatakan bahawa
  • kita tidak menyedari yang…  > kita tidak menyedari bahawa

Penggunaan penjodoh bilangan amat penting dalam bahasa Melayu khususnya kepada benda-benda yang konkrit. Tanpa penjodoh bilangan, ayat yang dibina menjadi tidak gramatis. Penjodoh bilangan TIDAK perlu digunakan pada benda-benda yang abstrak. Lihat contoh kesalahan penggunaan penjodoh bilangan di bawah:-

  • sebuah masyarakat  > satu masyarakat
  • sebuah impian  > satu impian / suatu impian
  • sebuah sungai  > sebatang sungai
  • sebuah harapan  > satu harapan
  • beberapa buah pendapat  > beberapa pendapat
  • beberapa buku  > beberapa buah buku
  • kedua-dua ibu bapa  > kedua-dua orang ibu bapa
  • lima bawang  > lima ulas bawang
  • tujuh serai   > tujuh batang serai

Sesetengah kata telah membawa makna jamak atau banyak dan salah jika selepas kata tersebut diikuti dengan kata ganda yang juga membawa makna jamak atau banyak. Antara contoh kesalahan penggunaan frasa jamak tersebut ialah:-

  • antara ciri-ciri  > antara ciri
  • beraneka kuih-muih  > beraneka kuih
  • deretan kedai-kedai  > deretan kedai
  • himpunan sajak-sajak  > himpunan sajak
  • rombongan pelajar-pelajar  > rombongan pelajar
  • senarai nama-nama pelatih  > senarai nama pelatih
  • persatuan bekas-bekas pelajar  > persatuan bekas pelajar
  • rangkaian anak-anak syarikat  > rangkaian anak syarikat
  • timbunan batu-batan  > timbunan batu
  • barisan juri-juri  > barisan juri
  • gabungan negeri-negeri   > gabungan negeri
  • mesyuarat guru-guru  > mesyuarat guru
  • gugusan pulau-pulau  > gugusan pulau
  • susunan meja-meja  > susunan meja
  • perhimpunan penyokong-penyokong  > perhimpunan penyokong