Archive for Januari 15, 2010


PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.        Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 46,318 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP bagi tahun 2010. Seramai 28,188 orang murid telah berjaya mencapai semua A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2009. Manakala tempat yang boleh ditawarkan hanyalah sebanyak 4,500 sahaja.

2.        Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.

3.        Bagi murid yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan. Tempoh rayuan ialah mulai 15hb Januari 2010 hingga 8 Februari 2010. Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pada 2 Februari 2010. Rayuan secara bertulis tidak digalakkan.

  • Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
  • Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
  • Putrajaya,
  • 15 Januari 2010

Terzina ialah istilah sastera yang merujuk kepada sajak yang terbina daripada tiga baris ayat. Lihat contoh sajak “Dunia Sejahtera” oleh Datuk Usman Awang:

  • Isi hidup ini akan kita pelihata
  • Dengan tanah bersama pohon menghijau indah
  • Di atas tulang yang kurus, daging, dan darah.

Terset juga bermaksud rangkap puisi yang terdiri daripada tiga baris dalam satu rangkap. Biasanya terset membentuk dua rangkap terakhir sebuah soneta.

  • Soneta ialah puisi yang terdiri daripada 14 baris keseluruhannya dengan pola rima yang tidak tetap. Biasanya soneta terbina dengan rangkap 8 + 6 atau 4 + 4 + 4 + 2 atau 4 + 4 + 3 + 3.

Stanza ialah bait  yang membentuk kesatuan dalam satu bahagian puisi.