Archive for Mac, 2010


Sila semak ayat-ayat di bawah dengan teliti dan tandakan B untuk ayat yang betul, manakala S bagi ayat yang salah.

  1. Penulis itu sedang memperkatakan tentang teknik plot novelnya. B/S
  2. Laporan itu akan disediakan oleh kami dalam masa seminggu. B/S
  3. Pencuri itu telah pasukan polis tangkap. B/S
  4. Buku itu telah kalian baca? B/S
  5. Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. B/S
  6. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan tidak berjaya. B/S
  7. Syarikat itu mengeluarkan banyak produk baru. B/S
  8. Emak memasak ayah mee goreng. B/S
  9. Mereka membuat keputusan berdasarkan pada pilihan ramai. B/S
  10. Pelajar diarahkan menulis semula karangan berpandu. B/S

Anda boleh menguji kefahaman anda dengan mengirimkan jawapan B/S bagi setiap ayat di atas kepada cikgu dengan segera dan insya-Allah balasan akan segera menyusul.

Doa menuntut ilmu…?

Assalamualaikum kepada pelajar-pelajar  sekalian….
Kali ini cikgu  lampirkan beberapa doa ketika belajar yang boleh dijadikan amalan kita bersama-sama. Semoga ilmu yang kita pelajari mudah difahami , dimengerti dan berkekalan.
1. Surah al-Fatihah:- Doa pembuka segala urusan (nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)
2. Surah aL ‘Alak  (Ayat 1 – 5) – Anak kunci segala ilmu
(Nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)


3. Surah Asy-Syarh – Untuk melapangkan dan melegakan hati
(Nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
(Nasihat daripada Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hamba-Mu dan pesuruh-Mu yang ummi dan  atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”


(Nasihat daripada Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ketika menulis karangan ialah penggunaan ungkapan ‘ini kerana’,  dan ‘oleh itu’.

Cuba lihat contoh kesilapan penggunaan tersebut:-

  1. Ini kerana gejala sosial semakin kronik.
  2. Oleh itu semua pihak wajar bertindak dengan segera.
  3. Ini menunjukkan bahawa tidak wujud usaha yang keras dilakukan.

Jika diamati betul-betul ayat di atas, jelas sekali terdapat kekurangan iaitu dari segi subjek sama ada wujud ataupun kabur.

PEMBETULANNYA:-

  • Hal ini demikian kerana gejala sosial semakin kronik.
  • Oleh hal itu / Oleh sebab itu semua pihak wajar bertindak dengan segera.
  • Hal ini menunjukkan / Perkara ini terjadi menunjukkan bahawa tidak wujud usaha yang keras dilakukan.

adalah merupakan…?

Penyalahgunaan kata pemeri masih kerap berlaku apabila ada segelintir pengguna bahasa Melayu yang tidak peka akan peraturan sebenar. Hal ini demikian akan banyak ditemukan penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang tidak gramatis.

Lihat contoh penggunaan kata pemeri ‘adalah’ di bawah:-

  1. Azim adalah merupakan pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
  2. Pelajar adalah dinasihati agar sentiasa mengulang kaji pelajaran.
  3. Jawapan ini adalah berdasarkan buku teks.
  4. Adalah dengan ini diumumkan bahawa esok ialah cuti umum.
  5. Adalah menjadi harapan saya supaya awak terpilih dalam pemilihan itu.
  6. Adalah dimaklumkan bahawa semua keputusan awal akan disemak semula.

Ayat 1 – 6 di atas merupakan contoh penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang tidak gramatis atau salah dari segi tatabahasa.

PERINGATAN:-

  • Kata pemeri tidak BOLEH digunakan di depan kata kerja. [merupakan, dinasihati, berdasarkan, menjadi dan dimaklumkan ialah kata kerja.]
  • Kata pemeri sama ada ‘ialah’ atau ‘adalah’ tidak BOLEH digunakan sebagai permulaan ayat.

PEMBETULAN:-

  1. Azim merupakan pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
  2. Pelajar dinasihati agar sentiasa mengulang kaji pelajaran.
  3. Jawapan ini berdasarkan buku teks.
  4. Dengan ini dimaklumkan bahawa esok ialah cuti umum.
  5. Menjadi harapan saya supaya awak terpilih dalam pemilihan itu.
  6. Dimaklumkan bahawa semua keputusan awal akan disemak semula.

Perkataan-perkataan di atas sering kita dengar dan kita gunakan semasa bercakap mahupun menulis, tetapi adakah kita tahu maknanya yang sebenar?

  • Wacana bermaksud keseluruhan tutur atau penulisan ayat. Wacana juga membawa maksud perbincangan atau diskusi secara lisan. Contoh ayat: Mereka menjadi panel dalam wacana sastera itu.
  • Wahana membawa maksud saluran atau perantaraan (alat) yang memungkin sesuatu berjaya dilakukan. Contoh ayat: Institusi pendidikan sewajarnya menjadi wahana melahirkan insan cemerlang.
  • Wadah merupakan perkataan Jawa yang juga membawa maksud yang sama dengan wahana iaitu alat, bekas, medan ataupun saluran. Contoh ayat: Ada orang menganggap pendidikan sebagai wadah pihak kerajaan untuk mendapatkan sokongan.
  • Waima pula merupakan perkataan Arab yang bermaksud walaupun dan sama ada. Contoh ayat: Apa saja yang dilakukan manusia, waima dengan membunuh semua manusia, kebenaran akhirnya akan terserlah.

Pelbagai kesan akibat daripada peningkatan pemanasan global, antaranya ialah:-

  • tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi
  • paras air laut semakin meningkat
  • keluasan saiz daratan semakin mengecil
  • kejadian bencana alam seperti banjir, kemarau serta kebakaran hutan
  • meningkatnya masalah kesihatan yang mengancam kehidupan sejagat
  • menjejaskan keluaran hasil pertanian dan lain-lain

Antara langkah yang wajar dilaksanakan untuk menangani pemanasan global ialah:-

  • Kempen kesedaran tentang penjagaan alam sekitar mesti dilaksanakan secara berkesan oleh semua pihak.
  • Penggunaan sumber tenaga yang mesra alam hendaklah diberikan keutamaan.
  • Pendidikan tentang alam sekitar kepada generasi muda hendaklah ditekankan sejak di bangku sekolah lagi.
  • Pendidikan alam sekitar kepada generasi tua juga penting dilaksanakan kerana segelintir daripada mereka hanya mementingkan kekayaan dan keuntungan semata-mata.
  • Maklumat tentang kesan yang terjadi akibat pemanasan global dan kesan pencemaran alam hendaklah disebarkan dengan meluas dengan pelbagai cara.
  • Pihak berwajib mestilah bersungguh-sungguh melakukan kajian agar fenomena pemanasan global dapat diminimumkan.
  • Penanaman semula hutan mesti dilakukan segera.
  • Program kitar semula mesti digiatkan.
  • Mengurangkan kadar pelepasan gas karbon monoksida dengan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri.
  • Mengawal dan seterusnya mengurangkan aktiviti rumah hijau.
  • Menggerakkan pertubuhan NGO yang berperanan menjalankan kempen antipemanasan global secara lebih agresif.

Bermula 25 – 26 Mac 2010 berlangsung Kejohanan Hoki Bawah 18(P) MSSD Kota Bharu di austrotuf. Pada edisi kali ini pasukan hoki SMS Tengku Muhammad Faris Petra telah menghantar pasukan baru yang terdiri daripada pelajar Tg. 1, 2 dan 4.

Keputusan perlawanan pusingan awal (25 Mac 2010)

  • Faris Vs SMK. Kubang Kerian 1 : 3 – 0
  • Faris Vs SMK Putera : 0 – 3

Pusingan Suku Akhir (26 Mac 2010)

  • Faris Vs SMK Ketereh : 2 – 0

Pusingan Separuh Akhir (26 Mac 2010)

  • Faris Vs SM. Zainab : ?

PATRIOTISME PEMANGKIN PEMBINA NEGARA BANGSA

Patriotisme adalah satu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara.

Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara ialah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka daripada sebarang bentuk penjajahan.

Era awal selepas kemerdekaan mempamerkan semangat sayang akan negara yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum telah mempelajari mata pelajaran sejarah dan sivik bagi memupuk dan menyuburkan semangat cinta akan tanah air.

Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan. Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai ekonomi. Oleh itu sejarah tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am semata.

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah – di mana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi – di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi – di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ‘ high performance schools ‘ termasuk ‘trust schools’ pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar – di mana bai’ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan ‘performance based assessment’ mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi
:

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR – 0.3%, PMR – 0.3%, dan SPM – 0.2%)

Perbarisan Pasukan Rumah Razak

Pasukan Rumah Hussien

Pasukan Rumah Mahathir