Dalam kehidupan seharian kita, rasa-rasanya rangkai kata ‘selain daripada’ kerap digunakan, biasanya dalam ucapan-ucapan, syarahan mahupun bacaan khutbah Jumaat. Betul atau tidak penggunaannya?
Sebenarnya, apabila sudah acap kita disogokkan, setiap hari dan di mana-mana, perkara yang salah pun menjadi betul.
Selain dan daripada atau dari merupakan kata sendi (KSN) dan KSN tidak boleh digunakan berturut-turut dalam ayat.
Contohnya:-
- Selain daripada beribadat, umat Islam juga diseru agar menjaga hubungan baik sesama manusia.
- Selain dari Kelantan, Terengganu juga terpilih sebagai tuan rumah bersama.
Ayat-ayat di atas ialah contoh penggunaan KSN yang berturut-turut dan ayat ini adalah salah.
Sepatutnya:-
- Selain beribadat, umat Islam juga diseru agar menjaga hubungan baik sesama manusia.
- Selain Kelantan, Terengganu juga terpilih sebagai tuan rumah bersama.
Contoh kesalahan yang lain:-
- sejak dari
- oleh kerana
- demi untuk
- demi kerana