Pada pagi 22 November 2009 penulis ke Kuala Lumpur kerana tugas rasmi yang berlangsung di Hotel Regency di Jalan Raja Alang, pusat bandar Kuala Lumpur. Penulis akan berada di KL ini hanyalah sehari semalam sahaja.

Penulis ke KL ini dengan menggunakan perkhidmatan Airasia penerbangan AK 5281 yang berlepas pada pukul 9.05 pagi dan akan pulang dengan penerbangan jam 7.55 petang keesokan harinya.

Sebenarnya penulis tidak begitu seronok menggunakan perkhidmatan udara musim seperti sekarang kerana faktor cuaca. Kecut perut juga penulis dan penumpang lain apabila kapal terbang acap bergegar-gegar kerana merempuh awan yang tebal. Tapi dek kerana tugas, apa boleh buat.

Ketika menunggu-nunggu bagasi di LCCT, sepasang mata merenung tajam ke arah penulis, penulis buat biasa saja. Tiba-tiba dia memberanikan dirinya menegur penulis. Katanya muka penulis sangat biasa dilihatnya, dia menduga dengan mengatakan penulis bekas pensyarahnya. Penulis menafikannya…. mukanya yang putih cantik itu hampir bertukar merah. Sebelum dia berlalu, penulis sempat bertanya di mana dia pernah belajar. Beritahunya, dia pernah belajar di SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra, 1997 merupakan tahun dia mendaftarkan dirinya di tingkatan satu. ……… ummmp, patutlah, ¬†bekas pelajar penulis rupanya!

Bekas anak murid penulis ini sekarang ini sudah bekerja sebagai guru dan dia dalam perjalanan ke Sabah untuk menemui suaminya di sana.

Ah…….. ok. Berkenaan mesyuarat serah bahan kerja ini…….

Selepas ini barulah penulis dapat tidur lena kerana beban tugas … tiada lagi.

Advertisements