- Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna.
- Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
- Subjek + Predikat = Ayat
- Subjek + Predikat = Ayat Biasa
- Predikat + Subjek = Ayat Songsang
- Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.
- Predikat = ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.
AYAT BIASA
SUBJEK |
PREDIKAT |
1. Azmi | pergi ke sekolah. |
2. Kambing itu | kepunyaan saya. |
3. Modul Bahasa Melayu | ditulis oleh Cikgu Ali. |
ayat tergantung cm mne
Mana-mana ayat yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek dan sukurang-kurangnya satu predikat ialah ayat tergantung (ayat yang tidak sampai maksud).
contoh:-
1. Ali ialah ….. – ayat tergantung (tiada predikat)
2. ………. seorang guru – ayat tergantung (tiada subjek)
cam ne nak tahu,,,ayat predikat sbb xberapa jelas,,,dan kurang paham,,,,,, adkah ambik ayat akhir atau,,,,yang utama,,,
Sila baca dengan teliti tentang perkara itu di dalam blog cikgu ini….
Ayat terdiri daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat.
Subjek ialah perkara atau benda yang diceritakan.
Predikat ialah cerita tentang benda itu.
Bola itu (subjek) berwarna putih. (predikat)
salam..cikgu cam na nak lebih faham ttng subjek prediket nie…sya slalu keliru..
Subjek – perkara/benda yang hendak kita ceritakan
Predikat – cerita tentang perkara (subjek)
cikgu boleh bagi 4 contoh ayat subjek + predikat ? 🙂
1. Saya / seorang guru.
2. Kambing itu / sedang meragut rumput di padang.
3. Kereta itu / berwarna biru.
4. Dia / abang saya.