Dibina dengan ketinggian 160 tingkat pada ketinggian 818 meter menjadi bangunan menara tertinggi di dunia ketika ini setelah mengatasi ketinggian menara Taipei yang setinggi 101 tingkat pada ketinggian 508 meter.

Menara ini juga mempunyai 1000 buah kediaman dan 160 buah bilik hotel mewah serta 37 tingkat khusus untuk pejabat korporat. Bangunan Burj Dubai, merupakan monumen terhebat UAE ini direka oleh Andrian Smith, seorang arkitek dari Chicago, Amerika Syarikat.