Archive for Februari 1, 2010


Esok 2 Februari 2010 merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar Tg. 4 baru di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra. Dijangkakan seramai 38 orang pelajar baru akan mendaftarkan diri bagi memenuhi kuota seperti yang diperuntukkan.

Selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada warga Farisian.

  • Ragam Ayat:-
  1. Ayat aktif
  2. Ayat pasif
  • Jenis Ayat:-
  1. Ayat penyata
  2. Ayat tanya
  3. Ayat seruan
  4. Ayat perintah
  • Binaan Ayat:-
  1. Ayat dasar
  2. Ayat tunggal
  3. Ayat majmuk

Lihat pelbagai bentuk ayat di bawah:-

  1. Aku mempercayai cakap kamu.  > Ayat aktif
  2. Cakap kamu aku percayai.  > Ayat pasif
  3. Aku percayai cakap kamu.  > Ayat pasif songsang
  4. Percayailah cakap saya ini.  > Ayat perintah
  5. Aku dan Ali mempercayai cakap kamu.  > Ayat majmuk

Mencerakinkan Ayat Majmuk

  • Bas yang sentiasa rosak itu ditendang dan ditolak olehnya.  > Ayat majmuk

Terdapat 3 ayat kecil / ayat tunggal dalam ayat majmuk di atas, iaitu:-

  1. Bas itu ditendang olehnya.
  2. Bas itu ditolak olehnya.
  3. Bas itu sentiasa rosak.