Archive for Februari 23, 2010


Frasa kerja transitif…?

Kata kerja transitif ialah jenis kata kerja yang mesti diikuti oleh objek atau kata nama dalam setiap ayat. Jika tidak, ayat yang dibina itu menjadi salah atau tidak gramatis.

FORMULA:-

Kata Kerja Transitif (KKT) ————————> Objek (KN)

  • Contoh ayat:
  1. Dia membeli buku di kedai itu.  √  > membeli – KKT, buku – Objek.
  2. Dia membeli banyak buku di kedai itu.  X  > membeli – KKT, banyak – bukan Objek.
  3. Ketagihan rokok dapat membawa kepada kematian.  X  > membawa – KKT, kepada – bukan Objek
  4. Ketagihan rokok dapat membawa kematian.  √  > membawa – KKT, kematian – Objek


    FAKTA:-

    • 40% atau 200,000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tidak mendapat pendidikan prasekolah.
    • 92% sahaja pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan rendah dari tahun 1 – tahun 6.
    • Kemiskinan dan petempatan yang jauh terpencil serta sikap ibu bapa menjadi punca utama masalah ini.
    • Dana Lembaga Amanah Kementerian Pelajaran sebanyak RM200 juta diluluskan Kabinet untuk membantu murid miskin di sekolah rendah.

    Antara usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar ialah:-

    • Kerajaan perlu mewajibkan pendidikan sekolah rendah kepada semua kanak-kanak.
    • Pihak kerajaan dan NGO mesti menyalurkan bantuan kewangan dan prasarana kepada golongan miskin.
    • Kerajaan perlu memastikan setiap orang diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan (pendemokrasian pendidikan)
    • Kerajaan perlu menambahkan peruntukan dalam sektor pendidikan.
    • Kempen kesedaran peripentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan terutama golongan masyarakat di luar bandar.
    • Anggota masyarakat perlu menyalurkan maklumat tentang golongan yang memerlukan bantuan dan golongan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.
    • Mewujudkan asrama dan kemudahan lain kepada golongan yang memerlukan.
    • Menaik taraf kemudahan di sekolah.
    • Mengenakan denda yang berat terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak mereka.
    • Mengadakan skim bantuan seperti pemberian biasiswa kepada bukan sahaja pelajar yang pintar tetapi juga kepada pelajar yang miskin.
    • Kerajaan mestilah membantu pelajar yang tercicir ini dengan memberikan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan menubuhkan sekolah vokasional.