1. Takwa

  • Merupakan sifat asas sebagai seorang Muslim, iaitu patuh dan tunduk kepada Allah setiap detik kehidupan. Takwa merupakan sumber kekuatan tersembunyi meresapi di dalam jiwa Muslim.

2. Beriman dan beramal soleh

  • Iman ialah proses kepatuhan yang berkait rapat dengan hati, budi, jiwa dan rohani seseorang Muslim. Prestasi iman seseorang dapat ditingkatkan dengan perbuatan amal soleh, Iman dan amalan soleh ini menjadi prasyarat utama bagi orang Muslim mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Beribadat kepada Allah

  • Ibadat dalam Islam merangkumi seluruh kehidupan umat Islam. Ibadat merupakan matlamat dan hikmah di sebalik penciptaan manusia. Firman Tuhan bermaksud “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.

4. Beristiqamah dalam hidup

  • Istiqamah bermaksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendirian yang asal, tidak berganjak mahupun berundur. Muslim sejati sentiasa beristiqamah dalam usaha menjadikan diri sebagai hamba Allah yang terbaik.

5. Memanfaatkan masa

  • Seseorang Muslim mestilah memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Muslim sejati tidak akan mengabaikan dunia atau melupakan hari perhitungan.

Ubah suai daripada buku Membina Peribadi Muslim oleh Engku Ahmad Zaki.