Archive for Februari 11, 2010


Skim cepat kaya ialah satu penipuan yang terang-terangan. Walau bagaimanapun, bukan sedikit rakyat negara ini yang terlibat dengan skim ini. Mereka mudah lupa diri apabila disogokkan dengan keuntungan yang berlipat ganda, dalam masa yang singkat pula, walhal itu semua adalah gimik semata-mata.

Antara langkah menangani skim cepat kaya ialah:-

  • Pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan polis mestilah bertindak pantas membanteras skim cepat kaya yang muncul.
  • Tindakan tegas seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap penganjur dan juga orang ramai yang terlibat.
  • Masyarakat mesti diberikan penjelasan tentang bahaya skim ini serta helah penipuan orang yang tidak bertanggungjawab.
  • Menggubal undang-undang yang lebih relevan dengan kesalahan yang dilakukan.
  • Mekanisme sistem kewangan negara perlu dimantapkan seperti memudahkan prosedur pemberian pinjaman kewangan kepada golongan yang memerlukan.
  • Perancangan dan pelaksanaan undang-undang penguatkuasaan wajiblah bersifat tegas dan tanpa mengira masa.
  • Penguat kuasa wajar diberikan latihan dan pendedahan terkini untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan membanteraskan segala bentuk skim cepat kaya.
  • Pihak swasta seperti bank mestilah memainkan peranan penting dan tidak menjadi ejen skim cepat kaya.
  • Kempen penerangan bagi menggalakkan rakyat menyertai skim pelaburan konvensional yang sah perlu digerakkan.
  • Mana-mana laman web yang mengendalikan skim cepat kaya mestilah dihalang daripada beroperasi.
  • Kakitangan kerajaan yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas seperti buang kerja dan lain-lain.

Tanpa lapisan ozon seluruh hidupan di bumi akan musnah!

Beberapa fakta penting tentang  lapisan ozon:-

  • Menyerap radiasi sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Pancaran UV spektrum sebenarnya mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya nyata atau cahaya nampak iaitu antara 280 hingga 315 nanometer (nm) yang boleh merosakkan hampir semua makhluk di bumi.
  • Kajian saintis mendapati ketika ini lapisan ozon semakin menipis disebabkan oleh penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) secara meluas.
  • CFC boleh terhasil daripada pelbagai cara seperti penggunaan peti sejuk, bahan penyembur, bahan pelarut, produk berasaskan polisterin dan juga aktiviti perindustrian.
  • Masalah penipisan lapisan ozon telah mendapat perhatian banyak pihak terutamanya Persatuan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Tarikh 5 Disember setiap tahun ialah Hari Sukarelawan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Budaya kesukarelaan di negara kita semakin pudar dan perlu digilap segera.

Hakikatnya budaya sebegini sebenarnya menjadi amalan utama masyarakat kita sedikit masa dulu tetapi disebabkan pelbagai faktor, budaya ini semakin dilupakan.

Antara usaha dan langkah strategik yang komprehensif untuk menggalakkan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam kegiatan kesukarelaan ialah:-

  • Membudayakan kegiatan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat.
  • Meraikan sambutan  Hari Sukarelawan Antarabangsa di peringkat negara setiap tahun.
  • Media massa menjadi ejen aktif dalam mempromosikan aktiviti kesukarelaan.
  • Kerajaan perlu menggalakkan pihak swasta melaksanakan program kesukarelaan menerusi ‘tanggungjawab sosial korporat’ (CSR) seperti melibatkan kakitangannya dengan kerja kemasyarakatan.
  • Majikan sama ada kerajaan atau swata mestilah memberikan pengiktirafan terhadap pekerjanya yang aktif dalam kegiatan sukarela dalam bentuk hadiah, sijil anugerah, bonus dan sebagainya.
  • Pemberian cuti tanpa rekod yang dipohon oleh sukarelawan haruslah dipermudah.
  • Sumbangan bakti oleh sukarelawan perlu diambil kira dalam proses kenaikan pangkat, peluang melanjutkan pelajaran dan lain-lain.
  • Agensi kerajaan perlu menjana pertumbuhan organisasi sukarela dengan bantuan kewangan dan kemudahan prasarana.
  • Melaksanakan kempen kesedaran bermula seawal di peringkat sekolah rendah lagi.
  • Mewujudkan pertubuhan bercorak kesukarelawan di sekolah dengan lebih banyak.
  • Memupuk semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat tidak mengira perbezaan yang wujud.
  • Kepimpinan melalui teladan; para pemimpin juga mestilah menonjolkan teladan yang baik, seperti terlibat secara aktif.

Mercy Malaysia berbakti di mana saja...?