Kejohanan Hoki Persatuan Hoki Kelantan Lelaki bawah 16 tahun kini memasuki pusingan kedua dan dijangkakan akan berakhir pada 27 Februari 2010. Kelab Hoki Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Faris) telah menghantar sebuah pasukan untuk menyahut cabaran kejohanan ini.

Pada pusingan awal, pasukan Faris telah muncul sebagai juara kumpulan A setelah berjaya mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan.

Keputusan Pusingan Awal Kumpulan A:

  • Faris Vs SMA Melor: 1 – 0
  • Faris Vs Sek. Sultan Ibrahim ‘A’: 0 – 0

Keputusan Pusingan ke-2 (kalah mati):

  • Faris Vs SM Hamzah: 0 – 0 ( 3 – 2) – pukulan penanti

Pusingan ke-3 esok pasukan Faris akan berhadapan sebuah pasukan baru iaitu pasukan SMK Chiku. Pasukan Faris akan menghadapi cabaran di peringkat suku akhir dengan penuh waspada.