Terdapat banyak sekali persoalan yang terkandung dalam novel ini. Kebanyakan persoalannya pula berkisar tentang keluarga dan kerjaya. Antaranya ialah:-

  • Terperangkap dengan ajaran songsang

~ Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi telah menyertai kumpulan dakwah yang songsang sehingga tidak mahu bekerja kerana menganggap pekerjaan sekarang bersifat sekular.

  • Kehidupan ahli perniagaan dan dunia perniagaannya

~ Datuk Dolhi merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Syarikat usaha samanya dengan Albert Lee iaitu Syarikat Dolhi-Albert Holding menjalankan operasi sebagai pemaju perumahan, pemaju kawasan dan pembalakan. Rangkaian perniagaannya luas sehingga ke luar negara iaitu Kemboja dan Uzbek.

  • Rasuah menjadi amalan kerana mahu kehidupan yang mewah

~ Hasnol walaupun berjawatan tinggi tetapi sering mengalami masalah tidak cukup wang kerana sikap boros dan mengikut kata isterinya. Akibatnya dia terperangkap dengan gejala rasuah dan akhirnya dihadap ke muka pengadilan.

  • Penyalahgunaan dadah sering dikaitkan dengan kumpulan rock

~ Dani merupakan anak Datuk Dolhi yang merupakan penyanyi rock sering mengambil dadah untuk menjadikan persembahannya lebih bertenaga. Akhirnya Dani ditangkap dan dihantar ke pusat serenti untuk pemulihan.

  • Kegagalan mendidik anak-anak punca keruntuhan keluarga

~ Datuk Dolhi dan Datin Tominah gagal mendidik anak-anak mereka dengan sempurna kerana terlalu memberikan kemewahan. Anak mereka seperti Mukhlis, Dani dan Hasnol menghadapi kegagalan dalam hidup.