Berdasarkan gambar (tidak disertakan), huraikan kepentingan penubuhan koperasi di sekolah. Panjang tidak lebih daripada 120 patah kata.

  • Tema: Koperasi
  • Tugasan: Kepentingan penubuhan koperasi di sekolah

Pendahuluan:

  1. AR: Boleh dikatakan hampir setiap sekolah mempunyai koperasi..
  2. AA: Banyak kepentingan penubuhan koperasi kepada warga sekolah terutamanya golongan pelajar.

Perenggan ke-2: (Isi pertama)

  1. AJ: Memudahkan pelajar mendapatkan barangan yang diingini
  2. AH: Pelajar tidak perlu keluar dari kawasan sekolah untuk …..
  3. AC: Contohnya, apabila seseorang pelajar memerlukan…

Perenggan ke-3 (Isi kedua)

  1. AJ: Kepentingan yang kedua ialah harga barangan yang dijual di koperasi biasanya lebih murah….
  2. AH: Hal ini demikian kerana setiap koperasi sekolah lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada mengaut untung yang banyak.
  3. AC:……..

Perenggan ke-4(Isi ketiga)

  1. AJ: Dengan penubuhan koperasi juga dapat memupuk minat untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam kalangan pelajar.
  2. AH: Pelajar dilatih tentang urusan jual beli, simpan kira dan membuat akaun …..
  3. UBI: Melentur buluh biarlah dari rebungnya …..

Perenggan ke-5(Penutup)

  1. AK: Kesimpulannya jelas terbukti bahawa penubuhan koperasi di sekolah banyak membawa kebaikan ….
  2. AP: Semua pelajar perlulah memanfaatkan penubuhan koperasi …..
  • 13 ayat X 9 patah kata = 117.
  • Biasanya setiap baris ayat mengandungi 7 – 10 patah kata.
  • AR = ayat rangsangan
  • AA = ayat arahan
  • AJ = ayat judul
  • AH = ayat huraian
  • AC = ayat contoh
  • UBI = ungkapan bahasa indah (peribahasa)
  • AK = ayat kesimpulan
  • AP = ayat penegasan